web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jamal Abdillah Jual Daging Lembu Harga Rahmah

Jualan RAHMAH Jamal Abdillah Farm itu berlangsung selama dua hari bermula Ahad ini di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:22PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menyahut inisiatif Payung Rahmah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akan menjual hasil perusahaan ternakan lembunya pada Jualan RAHMAH Jamal Abdillah Farm, selama dua hari bermula Ahad ini.

Pemilik nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, itu berkata sejumlah 12 ekor lembu akan disediakan dan akan menambah bilangan lembu sekiranya tidak mencukupi.

"Di samping bersedekah dan juga menyahut seruan kerajaan untuk inisiatif Payung Rahmah, saya juga ingin memperkenalkan dan melancarkan syarikat Jamal Abdillah Farm untuk orang ramai tahu saya ada perusahaan lembu," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata, beliau merancang untuk membesarkan lagi ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, Kerian pada masa hadapan.

"Selepas ini, rancangan saya untuk membesarkan lagi ladang saya ini, sekurang-kurangnya dapat menampung pasaran atau untuk keterjaminan makanan agar tidak ada isu kekurangan makanan," kata Jamal.

Jualan RAHMAH Jamal Abdillah Farm dengan usaha sama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bakal berlangsung pada 7 dan 8 April ini bermula 9 pagi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini yang menawarkan harga daging lembu di bawah harga pasaran.

Daging pejal dijual pada harga RM32 sekilogram (kg), manakala daging batang pinang (RM39/kg), tulang (RM26/kg), tulang rusuk (RM32/kg), organ (RM16/kg), kepala lembu (RM60/unit) dan gear box (RM10/unit).

Sebelum ini, dilaporkan Jamal mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak Mei tahun lalu, di samping beliau berimpian mahu mempromosi bidang pertanian supaya lebih ramai bumiputera terlibat dalam bidang itu.

Ladang ternakan lembunya seluas hampir dua hektar terletak di Bukit Merah dan dilengkapi dengan kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu serta kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Beras Import Dijual Pada Harga Rahmah Seluruh Negara - Armizan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tayar Harga Rahmah, Inisiatif Dania Garage Hargai Pelanggan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara