web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

Lakonan mantapnya dalam Tonton Original, SeOfis, telah memikat hati penonton, menjadikannya calon pilihan utama dalam anugerah ini

Selebriti Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 10:55AM

Siti Saleha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon wanita popular, Siti Saleha tercalon dan kini berada di kedudukan teratas dalam undian bagi kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA), hasil daripada sokongan kuat peminat di seluruh Asia. 

Lakonan mantapnya dalam Tonton Original, ‘SeOfis’, telah memikat hati penonton, menjadikannya calon pilihan utama dalam anugerah yang akan berlangsung pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

“Saya benar-benar tidak menyangka akan dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, apatah lagi untuk kategori yang sangat besar seperti ‘Outstanding Asian Star’. Ini adalah pengiktirafan yang sangat bermakna buat diri saya, dan saya rasa amat bertuah.

“Saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, ” ulas Saleha tentang pencapaian terbaharunya ini. 

Siti Saleha
Siti Saleha

Tambah Saleha, pencalonan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan untuk dirinya, tetapi juga buat industri seni tanah air.

“Semua anak seni tanah air pastinya mengimpikan kemenangan di pentas antarabangsa. Ini merupakan satu perkara yang besar dan membanggakan kerana kita bukan sekadar mewakili negara, tetapi juga satu merupakan satu peluang untuk membuktikan bahawa bakat-bakat Malaysia boleh mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa. 

“Menerusi anugerah ini juga, saya percaya ia akan menjadi satu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih hebat,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Seoul International Drama Awards berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia. 

Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu, trofi ‘Outstanding Asian Star’ akan ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia. 

Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga  14 Julai 2024.

Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017. Pencalonan Siti Saleha dalam kategori ini membawa harapan besar negara dengan keunggulannya di peringkat antarabangsa dan ia juga memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. 

Siri ‘SeOfis’ mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. 

Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi. - Getaran, 24 September 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 2 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN