web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

Biarpun Fattah masih sayang, Fazura tetap mahu meneruskan perceraian demi maruah

Selebriti Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2024 4:04PM

Gambar Instagram

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres pujaan ramai, Nur Fazura, 41, nekad meneruskan penceraian dengan suami yang juga aktor Fattah Amin, 34, biarpun ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka kembali pulih seperti sedia kala.

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh Fazura di akaun Instagramnya, Fazura memberitahu perceraian itu harus diteruskan demi maruah dan kesejahteraan hidupnya bersama anak, Nur Fatima Aisya, 4.

Dalam masa yang sama, bintang yang mula mencipta nama menerusi filem Gol & Gincu ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya selama ini. 

“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.

“Alhamdulillah, dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz,” luah Fazura yang turut meminta agar semua pihak dapat mendoakan agar proses perceraiannya berjalan dengan baik dan lancar. 

Terdahulu, pasangan ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi untuk sebutan kes permohonan perceraian. 

Bagaimanapun, mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan ini ke tarikh baharu iaitu 7 Oktober hadapan. Ini kerana Fattah dilaporkan masih belum bersedia untuk melepaskan Fazura.

Jelas aktor tersebut, dia masih menyayangi isterinya itu dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumahtangga mereka yang dibina sejak 2017. - Getaran, 25 September 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN