web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

Siti Saleha berjaya membuktikan bahawa bakat dan dedikasinya dalam dunia lakonan mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Selebriti Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2024 10:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lakonan mantapnya dalam siri Tonton Original, ‘SeOfis’ membuatkan Siti Saleha berjaya menjulang trofi Bintang Asia Terbaik (Outstanding Asian Star) di Seoul International Drama Awards 2024 yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan pada Rabu.

Pencapaian membanggakan ini disifatkan sebagai kejayaan yang cukup manis untuk perjalanan karier pelakon berusia 34 tahun ini, sekaligus membawa nama Malaysia bersinar di pentas antarabangsa. 

Kali terakhir Malaysia meraih penghargaan dalam kategori ini adalah pada 2017.

Siti Saleha berjaya membuktikan bahawa bakat dan dedikasinya dalam dunia lakonan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

“Terima kasih, Seoul International Drama Awards! Ini untuk Malaysia! Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya.

“Sokongan yang diperoleh ini menjadikan kemenangan kepada realiti. Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan!

“Kepada pelakon, kru, dan semua yang menjayakan drama ini, ini adalah untuk anda semua dan kepada peminat saya, sokongan anda sangat berharga,” ulas Saleha setelah diumumkan sebagai pemenang.

Melalui peranannya sebagai Samirah atau Sam dalam ‘SeOfis’, Siti Saleha berhasil memukau penonton dengan mempamerkan lakonan dari sisi yang berbeza. Karakternya yang kuat, dan penuh semangat menjadi inspirasi bagi ramai wanita.

Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa bakat dan kerja keras Siti Saleha telah diakui di peringkat antarabangsa.

‘SeOfis’, menggandingkan Siti Saleha bersama Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, dan Fahrin Ahmad, mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh tiga wanita berkerjaya di usia 30-an yang berlainan personaliti dalam menghadapi pelbagai cabaran karier dan kehidupan peribadi di ibu kota. 

Dengan jalan cerita yang menyentuh soal persahabatan, impian, dan cinta, drama ini bukan sahaja berjaya mencuri perhatian penonton, malah mengukuhkan kedudukan Siti Saleha sebagai antara pelakon terbaik negara. - Getaran, 26 September 2024

Foto : IMBC News

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara