web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Penggiat Seni Ikat Perut Dengan Program Makanan Artis

Para artis bakal menerima sumbangan berupa baucar barangan Tesco.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:48PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 memberi kesan yang besar apabila ia bersangkut-paut dengan periuk nasi penggiat seni Malaysia.

Tiada lagi aktiviti seni, pameran, persembahan, penggambaran dan pertunjukan dijalankan dalam tempoh ini menimbulkan keresahan artis yang memang bergantung kepada aktiviti ini untuk cari makan. 

Memahami situasi sukar yang dihadapi penggiat seni Malaysia, Cultural Economy Development Agency (CENDANA) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby telah melancarkan sebuah program inisiatif Bantuan Makanan Artis COVID-19. 

Ia diharap dapat meringankan beban penggiat seni tak kiralah artis persembahan, seni visual, kraf, tarian, penerbitan dan lain-lain.

Fasa satu program ini pernah diadakan pada tahun lalu. Bagi fasa kedua, program ini akan meliputi artis dari Kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Program ini dilaksanakan bersama-sama rakan komuniti seperti P.O.R.T Ipoh dan Penang Arts District.

Penerima sumbangan bakal menerima bantuan makanan melalui dua kategori ini:

Pemohon bujang – baucar membeli-belah Lotuss (dahulunya dikenali sebagai TESCO) berjumlah RM160

Pemohon berkeluarga – baucar membeli-belah Lotuss (dahulunya dikenali sebagai TESCO) berjumlah RM220

Syarat  pemohonan mestilah penggiat seni mempunyai pengalaman dalam bidang ini sekurang-kurangnya dua tahun dan terjejas teruk akibat pandemik.  Permohonan boleh dihantar di laman web CENDANA bermula 14 Jun ini.

Pemohon yang berjaya pada kitaran satu akan memperoleh bantuan pada 14 Julai ini. Manakala pemohonan untuk kitaran kedua bakal dibuka semula pada 20 Jun ini. - Getaran, 15 Jun 2021. 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara