web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Oishii! Uniknya Cetusan Rasa Ayam Teriyaki Wasabi 

Inspirasi Jepun, nikmati kelazatan Teriyaki Wasabi yang manis dan memikat.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 4:00PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Okyaku-sama konnichiwa! Tahun ini kembara ‘Around the World’ bersama Marrybrown membawa rakyat Malaysia singgah ke Jepun!

Negara matahari terbit ini tidak hanya terkenal dengan keindahan bunga sakura, malah menawarkan hidangan gastronomi yang menyelerakan. 

Rangkaian makanan segera itu memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi yang manis dan memikat.

“Jepun mempunyai aneka makanan lazat yang menyelerakan. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan makanan kita.

“Kedua-duanya enak, lengkap dan unik. Itulah sebabnya kita mudah menerima dan selesa dengan makanan Jepun. 

“Oleh itu, kami tak sabar untuk memperkenalkan Oishii Japan yang unik, tetapi sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,” kata Datuk Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Menu baharu ini boleh menikmati dengan gabungan sos teriyaki yang manis dan kepedasan rasa wasabi. 

Terdapat juga Burger Oishii yang disertakan dengan minuman Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan bunga sakura.

Seperti sedang makan angin di Tokyo sambil menjamu selera, anda turut boleh mencuba Kombo Ayam Oishii, lengkap dengan bebaji kentang (potato wedges) dan Sakura Fizz.

Kombo Oishii Rice Bowl pula menawarkan ayam goreng yang diselaputi sos Teriyaki Wasabi berserta hidangan nasi dan Sakura Fizz. 

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba Kombo Burger Oishii yang didatangkan dengan burger, bebaji kentang dan Sakura Fizz.

“Kami yakin menu ini akan menarik minat orang ramai kerana ia ‘sesuatu yang berbeza’. Kami tak sabar melihat anda mencubanya dan merasai ‘Oishii’ (kesedapan) yang sebenar!” ucap Joshua.

Tahun lalu, mereka juga pernah menyajikan hidangan istimewa dari negara-negara seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, giliran hidangan Jepun! - Getaran, 4 Julai 2022

Gambar: Marrybrown Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Peminat Ayam Goreng Korea Kena Singgah Ke Marrybrown

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Hargai Warisan Budaya Sambil Menjamu Selera di Red House

3

TARA 2 tahun yang lalu

Raikan Musim Perayaan Ini Dengan Hidangan Istimewa

4

Selera 3 tahun yang lalu

3 Burger Patut Anda Cuba September Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN