web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalau Nak Kurus, Pilih Buah Yang Mahu Dimakan

Buah-buahan masih tinggi dengan fruktosa atau bahasa mudahnya gula. Walaupun ia adalah gula semulajadi, ia masih memberi kesan jika anda cuba menurunkan berat badan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya apabila seseorang cuba menurunkan berat badan, buah-buahan adalah makanan yang sering dijadikan pilihan bagi menggantikan snek yang tidak berkhasiat. 

Buah mungkin salah satu snek semulajadi terbaik kerana ia mudah didapati, lazat, kaya dengan serat dan memiliki mikronutrien penting.

Walau bagaimanapun, buah-buahan masih tinggi dengan fruktosa atau bahasa mudahnya gula. Walaupun ia adalah gula semulajadi, ia masih memberi kesan jika anda cuba menurunkan berat badan. Tetapi, ini bukanlah bermakna anda harus melupakan buah-buahan jika mahu menurunkan berat badan. 

Sebaliknya, adalah penting untuk memberi perhatian kepada saiz hidangan dan kuantiti buah yang anda ingin makan.

Jika anda membuat smoothy pada waktu pagi dengan memasukkan sebiji pisang, segenggam beri dan sebiji kurma, sudah pasti kandungan gula dalam minuman ini bukan sedikit. Pisang sendiri sudah tinggi dengan kandungan gula.

Pakar diet dari Middleburg Nutrition New York, Eliza Savage, dalam satu temubual memberitahu mereka yang cuba menurunkan berat badan perlu berhati-hati dengan pengambilan buah-buahan. 

"Untuk satu hidangan ‘smoothy’, saiz hidangan yang sesuai ialah segenggam buahan (sebiji epal atau pic), satu cawan buah potong (tembikai atau nanas), atau 15 hingga 17 biji anggur atau ceri. Jika mahu gunakan pisang, masukkan separuh daripada pisang bersaiz besar atau sederhana,” ujar Eliza.

Namun, jika anda ingin mengurangkan gula demi berat badan ideal, menurut pakar diet, berikut adalah beberapa buah-buahan yang mungkin anda ingin hadkan atau tinggalkan.

1. Avokado

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Salah satu buah berkalori tinggi ini ialah avokado. Setiap 100 gram buah ini mengandungi kira-kira 160 kalori. Walaupun ia adalah sumber lemak sihat yang baik, ia boleh menyebabkan berat badan anda bertambah jika ia diambil melebihi jumlah yang munasabah. Boleh makan, tetapi dalam jumlah yang sederhana.

2. Buah-buahan kering

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Buah-buahan kering seperti prun, kismis, dan kranberi mempunyai lebih banyak kalori kerana ia tidak mengandungi kandungan air. Dikatakan bahawa satu gram kismis mungkin mengandungi lebih banyak kalori berbanding anggur. Secawan kismis mengandungi 500 kalori dan satu cawan prun mengandungi lebih daripada 450 kalori. Ia satu jumlah yang banyak jika anda sedang mengawal berat badan. 

3. Isi kelapa

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Walaupun air kelapa dianggap bagus untuk kesihatan, isinya yang putih dan lembut sebenarnya boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana ia tinggi kalori dan karbohidrat. 

4. Mangga

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Buah-buahan tropika seperti nanas dan mangga mungkin mempunyai kalori tersembunyi yang boleh menghalang rancangan penurunan berat badan anda. Sebaiknya, elakkan buah-buahan yang terlalu manis ini juga. Memang benar buah-buahan ini sihat, dan anda tidak perlu takut untuk menikmatinya! Tetapi memakannya dalam kuantiti yang banyak boleh melambatkan proses penurunan berat badan. 

5. Pisang

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Pisang sangat sihat, ia adalah sumber tenaga terbaik kepada tubuh badan. Tetapi buah ini tidak boleh dimakan secara berlebihan. Pisang sarat dengan kalori dan mengandungi gula semulajadi yang tinggi di dalamnya. Sebiji pisang mempunyai kira-kira 150 kalori, iaitu kira-kira 37.5 gram karbohidrat. 

Jadi, jika anda mengambil 2-3 biji pisang setiap hari, kemungkinan besar ia boleh menyebabkan penambahan berat badan. Sebaiknya makan sebiji pisang sehari. Getaran – 18 Julai 2022

Rujukan : https://www.healthline.com/ https://www.healthifyme.com 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 1 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN