web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peminat Ayam Goreng Korea Kena Singgah Ke Marrybrown

Kelazatan Ayam Gangjeong menanti anda! Ranggup, pedas, manis dan berjus

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2024 12:14PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daebak! Ayam Gangjeong Marrybrown yang diinspirasikan oleh citarasa Korea kini kembali untuk memuaskan keinginan anda untuk rasa manis dan pedas!

Menampilkan hidangan klasik yang digemari ramai seperti Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, seleksi ini juga dilengkapi dengan roti berwarna merah yang melambangkan kehangatan sos Gangjeong!

Selain itu, Marrybrown®️ juga menyediakan Kimchi Rice Bowl yang lazat untuk melengkapi hidangan Ayam Gangjeong dengan sempurna. Bagi mereka yang menggemari kenikmatan rasa Gangjeong, sos Ganjeong tersedia sebagai menu tambahan.

“Sejak bertahun-tahun yang lalu, budaya Korea telah tersebar dan menarik ramai peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan perkembangan Hallyu di Malaysia, Marrybrown mengambil kesempatan ini untuk mengejutkan peminat dengan mengembalikan semula menu kegemaran ini.

"Hidangan Gangjeong Marrybrown menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan cita rasa makanan Korea yang pasti menarik minat rakyat Malaysia,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan.

Seleksi menu Ayam Gangjeong Marrybrown terdiri daripada Kombo Kimchi Rice Bowl (harga bermula dari RM13.90), Kombo Ayam Gangjeong (harga bermula dari RM18.50), dan Kombo Burger Ayam Gangjeong (harga bermula dari RM17.50).

Setiap kombo disempurnakan dengan segelas Strawberry Fizz. Jika anda ingin mencuba setiap satu menu, bolehlah dapatkan Gangjeong Chicken Box Meal kerana pilihan ini mempersembahkan set sajian Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, kentang goreng, dan segelas Strawberry Fizz, dengan harga bermula dari RM24.50.

Selain itu anda juga boleh menambah jejari keju (cheese sticks) boleh ditambah dengan pembelian hidangan kombo, bermula dari RM6.50, dan anda juga boleh menikmati pencuci mulut terbaharu, Strawberry Custard Pie, dengan harga tambahan.

“Kami teruja untuk melancarkan semula menu istimewa ini untuk peminat ’Memang Best’ kami. Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi telah membolehkan kami mempertahankan tradisi MB untuk menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ dan lazat untuk rakyat Malaysia.”

”Kami berharap penggemar kami akan menikmati hidangan cita rasa Korea ini dan kami akan terus berusaha untuk mencipta banyak lagi hidangan yang inovatif dan menggamit selera,” tambah Daniel.

Marrybrown®️ kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. - Getaran, 30 Julai 2024

Foto : Marrybrown

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Restoran Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng Diarah Tutup 14 Hari

2

Selera 2 tahun yang lalu

Oishii! Uniknya Cetusan Rasa Ayam Teriyaki Wasabi 

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Hargai Warisan Budaya Sambil Menjamu Selera di Red House

4

Selera 2 tahun yang lalu

Pes Cili Korea Gochujang Boleh Masak Itu Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN