web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Awam Tidak Boleh Halang Polis Buat Pemeriksaan SJR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Orang awam tidak boleh menghalang polis daripada memeriksa kenderaan mereka jika dipercayai terdapat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. 

Beliau berkata tugas polis di sekatan jalan raya (SJR) adalah untuk memeriksa dokumen-dokumen seperti pengenalan diri, lesen, maklumat kenderaan dan menyemak cukai jalan masih sah atau tidak serta surat perjalanan. 

“Orang ramai harus mematuhi petugas SJR apabila diminta untuk memberikan mana-mana dokumen yang terlibat dan itu adalah untuk setakat mana polis menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selain dari memeriksa dokumen-dokumen, SOP yang ditetapkan MKN semasa melakukan SJR ini juga tidak menghalang pihak polis dalam melakukan tugas-tugas urusan polis yang lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas melawat SJR di Plaza Tol Setia Alam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ada orang awam yang mempersoalkan kuasa dan batasan polis semasa penugasan di SJR.

“(Ini) kerana ada pihak yang menggunakan kenderaan untuk menyeludup barang-barang yang terlarang atau menggunakan kenderaan untuk melakukan kegiatan jenayah, di mana kenderaan itu juga dicuri,” katanya. 

Ketika diminta mengulas mengenai penerimaan vaksin COVID-19 yang dijangka tiba di negara pada Ahad ini, Acryl Sani berkata pihaknya telah membuat persiapan terperinci bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keselamatan vaksin COVID-19 berkenaan.

“(Ia adalah) Daripada segi pergerakan, pemindahan, penyimpanan dan pengedaran vaksin ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan berada dalam keadaan selamat serta terjamin,” katanya. 

Mengulas mengenai isu penahanan seorang pengasas aplikasi “Sugarbook” yang permohonan reman ke atasnya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, beliau berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dan sedang mengumpul keterangan daripada pihak-pihak berkaitan bagi melengkapkan siasatan untuk diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut. 

Bernama melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang ditahan pada 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Susulan aduan orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat akses ke laman itu yang turut mendakwa semakin ramai wanita di negara ini, khususnya penuntut universiti, menawarkan diri menjadi “sugar baby” menerusi laman berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai koordinasi bagi pelalian vaksin COVID-19 untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Acryl Sani berkata PDRM telah mengemukakan senarai nama merangkumi hampir 80 peratus petugas barisan hadapannya kepada KKM.

“Pihak KKM akan menetapkan jumlah penerimaan suntikan vaksin petugas barisan hadapan PDRM mengikut fasa imunisasi di lokasi-lokasi yang dinasihatkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah di lokaliti masing-masing.

“Cadangan lokasi daripada PDRM untuk suntikan vaksin petugas barisan hadapan juga telah dikemukakan kepada KKM,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.- Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini