web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahad Ini Jadi Hari Bersejarah, Vaksin Pfizer-BioNTech Dijangka Tiba Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 12:06PM

Gambar AFP

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahad ini akan jadi hari yang bersejarah kepada Malaysia apabila bekalan vaksin COVID-19 dijangka tiba di negara ini.

Sebanyak 312,390 dos hantaran pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech akan diterbangkan menerusi pesawat Malaysia Airlines Airbus A330-300 yang dihiasi Jalur Gemilang.

“Saya sendiri akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin tersebut,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Rabu lalu.

Program suntikan vaksin akan dilaksanakan menerusi tiga fasa bermula 26 Februari hingga April ini. Dalam fasa pertama, suntikan vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Sementara fasa kedua yang dijadualkan mulai April hingga Ogos ini akan melibatkan golongan berisiko tinggi seperti golongan tua manakala fasa ketiga pula membabitkan individu berumur 18 tahun ke atas, mulai Mei 2021 hingga Februari 2022.

Menurut risalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, suntikan vaksin akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

Selain Pfizer, bekalan vaksin COVID-19 yang diperolehi Malaysia adalah dari keluaran beberapa syarikat farmaseutikal seperti AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO, Sputnik V.

Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari ini tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Pemberiannya dilihat sebagai pemangkin menambah keyakinan rakyat dalam usaha menangani pandemik COVID-19 dan pada masa sama ia membantu memulihkan ekonomi.

Disebabkan kepentingan vaksin ini, minggu lepas, umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan telah diingatkan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah menjadi keutamaan yang mesti disegerakan.

Dalam pada itu, MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech ke Malaysia pada Ahad ini, berjalan lancar.

MASkargo yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di KLIA turut memastikan setiap pekerja yang bertugas pada hari penerimaan vaksin itu telah melalui kursus pengendalian vaksin. -  Getaran, 19 Februari 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad