web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Andi Bernadee Memang Kena Sihir, Bukan Gimik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 3:49PM

Andi Bernadee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Andi Bernadee, 30, bahawa beliau menjadi mangsa dengki hingga disihir dalam laman Instagram (IG), beberapa hari lalu bukan gimik sebaliknya penyanyi dan pelakon itu berada dalam keadaan tidak sihat.

Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan,  keadaan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile ketika ini berada dalam keadaan tidak sihat namun masih terkawal.

''Setelah Andi Bernadee memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya telah dianiaya, ramai pihak yang tertanya-tanya tentang keadaan Andi Bernadee sekarang. Banyak juga spekulasi yang menyatakan ini adalah gimik daripada Andi.

''Kami bagi pihak pengurusan Andi Bernadee ingin menyatakan bahawa perkara tersebut adalah bukan gimik dan Andi sekarang berada di dalam keadaan tidak sihat namun masih di dalam keadaan yang terkawal,'' katanya.

Beberapa hari lepas, Andi yang juga penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde itu memberitahu beliau menjadi mangsa dengki seorang wanita.

Menerusi video yang dimuat naik, Andi menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya. Tak ketinggalan, katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya.

"Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.

"Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam,'' katanya.

Dalam pada itu, Warner Music Malaysia berharap Andi Bernadee segera pulih seperti sediakala.- Getaran, 19 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad