web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Basikal Lajak, Siapa Betul, Siapa Salah?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 6:45PM

Sam Ke Ting, diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi, di Johor baru-baru ini.- Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tanggal 28 Oktober 2019, Mahkamah Majistret Johor Bahru membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga mengakibatkan kematian lapan remaja yang sedang bermain basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam di sini, pada 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Sam Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Ibu dan bapa mana tidak sayangkan anak-anak yang dikandung, dilahir dan dijaga serta dibesarkan dengan penuh kasih sayang?

Walau berat untuk menerima keputusan mahkamah itu, ibu bapa semua mangsa tetap akur dan redha, malah berlapang dada dengan ujian yang diberikan Allah SWT ke atas mereka.

Bagaikan pelangi selepas hujan, Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam memberikan satu keputusan yang menerbitkan seribu harapan buat keluarga semua mangsa terlibat, setelah sekian lama dirundung kesedihan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman telah memerintahkan jurujual wanita terbabit untuk dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Ia susulan notis rayuan difailkan pihak pendakwa, terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan tertuduh.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin ketika permohonan itu dibuat pada 10 November 2019 berkata, pihaknya percaya kes berkenaan mengandungi isu yang memiliki merit tersendiri.

Tetapi, Amir dilaporkan berkata, pihaknya menfailkan notis rayuan itu bukan disebabkan desakan pihak keluarga mangsa atau pihak lain, sebaliknya ia hanyalah proses biasa terhadap sesuatu keputusan mahkamah.

Muhammad Syafiq Mohd Ghazali pula selaku Timbalan Pendakwa Raya dilihat amat komited melaksanakan tugasnya  dalam membuktikan pertuduhan yang dikenakan itu adalah wajar, sejak hari pertama perbicaraan dijalankan.

Difahamkan, sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, seramai 46 saksi pendakwaan dan 214 bahan bukti dikemukakan Muhammad Syafiq di mahkamah.

Seorang ibu mangsa ketika dihubungi Getaran meluahkan kesyukuran tidak terhingga, apabila mendapat tahu tertuduh kes berkenaan bakal dipanggil semula untuk perbicaraan membela diri.

Fatimah Nasir, 46, berkata biarpun sudah empat tahun anaknya, Mohamad Azrie Danish Zulkefli meninggal dunia, namun hati seorang ibu masih tidak tenteram apabila memikirkan individu yang menyebabkan kematian anaknya itu masih bebas.

“Baguslah bila mahkamah kata wanita itu akan dipanggil semula untuk membela diri.

“Empat tahun dah kejadian berlaku, takkanlah dia boleh hidup bebas. Tidak adil kalau macam itu. Nanti orang lain ingat, langgar orang sampai mati tidak menjadi kesalahan, boleh lepas bebas,” katanya.

Menurut Fatimah, dia dan keluarga mangsa yang lain turut berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana membuat rayuan bagi kes berkenaan, dan bersedia menerima apa sahaja keputusan ditetapkan mahkamah nanti.

“Ya, kita redha kerana ini ketentuan Allah. Tetapi, kalau yang melanggar tidak dikenakan hukuman apa-apa, ibu mana yang boleh terima.

 “Hukuman tidak berat pun tidak apa, asalkan ada untuk dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai, bukan lepas begitu sahaja,” katanya yang amat berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

 Mengimbas kembali kejadian pada 18 Februari 2017 itu, lapan remaja yang sedang bermain basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam di sini, maut dilanggar kereta pada jam 3.20 pagi.

Insiden yang menggemparkan seluruh negara itu adalah titik tolak kepada permulaan satu perbincangan serius dan menyeluruh, membabitkan aktiviti basikal lajak di kalangan remaja serta kanak-kanak.

Baik di kalangan pihak berkuasa atau ahli politik, masing-masing berhempas pulas menangani isu berkenaan dengan terperinci, bagi memastikan satu penyelesaian yang holistik dapat diwujudkan.

Ia mencakupi pembinaan pusat riadah sukan ekstrem agar semua aktiviti kegemaran anak muda ini boleh dilakukan secara selamat.

Isu terbabit turut mendapat perhatian rakyat, yang tampil dengan pelbagai hujah mewakili kedua-dua belah pihak.

Ada yang mengatakan pemandu kereta tidak bersalah dan mempersoalkan tindakan kumpulan remaja berkenaan yang berada di luar rumah selepas 12 tengah malam, manakala segelintir lagi menyalahkan ibu bapa semua mangsa kerana tidak peka dengan aktiviti dilakukan anak masing-masing.

Tidak kurang juga yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, apabila mengaitkan isu rasis dalam kes ini kerana membabitkan dua kaum iaitu Melayu dan Cina.

 Sehingga kini, persoalan siapa betul dan siapa salah masih lagi tiada noktahnya.

 Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.

 Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar. – Getaran, 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi