web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Seludup Dadah Dalam Peket Mi Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 7:04PM

Gambar hiasan - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK -  Seorang rakyat Malaysia diberkas oleh polis Thailand selepas dipercayai terbabit menyeludup dadah dalam peket mi segera di sini semalam (Khamis).

Pegawai penyiasat daripada Biro Polis Metropolitan Bangkok Pol. Mejar Char-khorn Premruedeelert berkata lelaki berusia 34 tahun itu diberkas di sebuah kondominium di Bang Na, timur Bangkok.

“Ketika diserbu, suspek sedang membungkus semula dadah jenis methamphetamine dalam peket  perencah mi segera,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya tangkapan tersebut dibuat selepas intipan selama hampir dua bulan hasil maklumat awam.

Menurutnya hasil siasatan awal, suspek mengaku menerima satu kilogram methamphetamine daripada seorang penduduk tempatan sebelum membungkusnya dalam peket perencah mi segera seberat 10 gram.

Beliau berkata peket mi segera itu kemudian dihantar kepada pelanggan di kawasan berdekatan dan suspek telah berbuat demikian sebanyak empat kali dengan bayaran 30,000 baht (kira-kira RM4,040) untuk setiap tugasan.

“Pemeriksaan di unit kondominium itu menemukan kira-kira 200 peket mi segera, alat penimbang serta peranti pengedap.

“Siasatan awal turut mendapati lelaki ini bekerja untuk seorang dalang, juga rakyat Malaysia yang berpangkalan di Malaysia,” katanya. 

Menurutnya suspek akan didakwa kerana memiliki dadah serta tinggal lebih masa. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini