web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Rujuk, Lelaki Cuba Terjun Jambatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 7:54AM

Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buntu setelah usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula gagal, seorang lelaki berusia 50 tahun nekad cuba terjun dari sebuah jambatan di Jalan Pintas Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dari Selayang menghala Sungai Buaya di sini petang semalam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya digagalkan apabila bekas isteri lelaki itu yang berusia lingkungan 50 tahun datang ke lokasi kejadian untuk memujuknya supaya tidak terjun dari jambatan setinggi kira-kira 100 meter.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam insiden pada 1.30 petang, lelaki itu ditemukan berdiri di atas pembahagi jalan dan berpaut di tiang lampu serta mengugut untuk terjun dari jambatan tersebut.

"Siasatan mendapati lelaki tersebut baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dan mengalami krisis rumah tangga dengan bekas isterinya selepas bercerai pada Januari lepas serta sedang berusaha untuk rujuk semula,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkahwinan pasangan itu selama empat tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya lelaki yang tidak mempunyai rekod lampau itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cuba membunuh diri. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka