web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan Sindiket Pelaburan Dalam Talian M2DCoin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sindiket pelaburan saham mata wang digital atau kripto dalam talian yang didakwa menggunakan platform M2DCoin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata siasatan mendapati platform M2DCoin adalah laman web digital exchanger luar negara yang menggunakan hosting di Arizona, Amerika Syarikat.

Menurutnya, laman itu sudah beroperasi selama sembilan bulan dan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi mata wang kripto dari mana-mana negara serta kini ia tidak dapat diakses.

“Siasatan mendapati, pelaburan itu mula beroperasi sekitar pertengahan tahun lepas dan pelabur akan dihubungi melalui aplikasi WhatsApp untuk tawaran pelaburan.

“Pelabur yang berminat akan diberikan kemudahan mengakses platform M2DCoin bagi memudahkan mereka membuat pelaburan serta dijanjikan keuntungan yang tinggi selepas membuat pembayaran melalui orang tengah untuk menguruskan pelaburan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zainuddin berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan mengenai pelaburan saham mata wang kripto itu dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau telah melabur dalam skim sama untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah