web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MRT Corp Umum Pemenang Reka Bentuk Stesen RTS Link Johor Bahru - Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan pemenang reka bentuk bagi stesen Bukit Chagar Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura pada satu sidang media yang berlangsung secara maya.

Rekaan berbentuk futuristik itu merupakan pemenang hadiah utama bagi pertandingan anjuran Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan MRT Corp yang diilhamkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Rekaan bertajuk ‘The Integration of Two’ yang menjadikan hubungan sejarah serta perkaitan antara Johor Bahru dan Singapura telah dikemukakan Chin Yee Chong daripada SM Architects Sdn Bhd, yang membawa pulang wang hadiah sebanyak RM250,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berkata rekaan itu telah dipilih sebagai pemenang oleh Sultan Iskandar, yang merupakan penaung pertandingan tersebut serta pengerusi panel juri pertandingan berdasarkan kekuatan simbolismenya.   

“Rekaan futuristik ini mampu menggambarkan hubungan yang terjalin antara Johor Bahru dengan Singapura dan stesen ini bukan sahaja menjadi mercu tanda ikonik di Johor Bahru malah merupakan antara stesen kereta api yang terunggul di dunia,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kemenangan yang diraih SM Architect juga amat bermakna kerana ia merupakan sebuah firma yang berpangkalan di Johor Bahru dan pasukan itu turut membabitkan arkitek lulusan universiti tempatan.

Presiden PAM Datuk Ezumi Harzani Ismail pula berkata pertandingan itu memberi peluang kepada arkitek di Malaysia menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam menghasilkan reka bentuk bagi bangunan yang mencabar serta kompleks.

Menurut kenyataan itu, RTS Link bakal menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands Utara di Woodlands, Singapura serta dijadualkan memulakan operasi pada akhir 2026.

Sejumlah 91 penyertaan diterima sebelum pertandingan itu berakhir pada 25 Jan dan 10 rekaan telah disenarai pendek untuk penilaian akhir pada 8 Feb lepas yang turut menyaksikan kehadiran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Haji Hasni Mohammad. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global