web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MASkargo Tubuh Pasukan Khas Selaras Proses Penerimaan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 10:27AM

Pesawat Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines akan membawa Vaksin Pfizer-BioNTech Ahad ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, yang dikhususkan untuk menyelaraskan proses penerimaan vaksin COVID-19 ke Malaysia, kata Ketua Pegawai Operasinya Mohd Zulkefly Ujang.

Beliau berkata pasukan itu ditubuhkan dua bulan lepas dan dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin.

''Pasukan ini akan menguruskan vaksin COVID-19 yang akan tiba pada Ahad dan pada fasa-fasa seterusnya, mereka telah diberikan latihan secukupnya untuk mengendalikan vaksin,” katanya kepada Bernama.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ahad ini (esok), Malaysia akan menerima sebanyak 312,390 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa, bermula 26 Feb ini.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan, bersama-sama petugas barisan hadapan.

Mohd Zulkefly berkata, kepakaran MASkargo dalam mengendalikan vaksin telah diiktiraf, kerana hampir setiap hari menguruskan proses penerimaan pelbagai jenis vaksin di negara ini.

''Kita urus pelbagai jenis vaksin bukan sahaja COVID-19, kalau vaksin itu perlu disimpan dahulu di KLIA, kita juga ada fasiliti,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini