web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjara 6 Bulan, Denda Jika Kenderaan Bunyi Bising

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 8:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan selain berhadapan hukuman denda sehingga RM2,000.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata kesalahan itu termaktub di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

"Kaedah itu menyatakan setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik. 

"Jadi bagi sesiapa yang membuat pengubahsuaian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam didapati melakukan kesalahan di bawah kaedah itu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata perkara itu termaktub di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, turut memberi kuasa kepada polis bagi menyita motosikal kepunyaan pemilik bagi mengelakkan kesalahan itu berulang.

"Dengan itu, pihak polis boleh bertindak menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mampu mengambil langkah-langkah menjamin supaya kesalahan tersebut tidak berulang lagi," katanya. 

Azisman berkata pihaknya turut akan mengadakan operasi bersepadu yang dijalankan dalam masa terdekat bersama-sama jabatan serta agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS). 

"Menerusi operasi itu, setiap motosikal akan diukur bagi mengenal pasti sama ada pemilik mematuhi paras bunyi ekzos yang dibenarkan. Kompaun kemudian akan dikeluarkan pihak JAS sekiranya paras bunyi itu melebihi daripada ditetapkan, " katanya. 

Azisman turut mengingatkan perkara itu bukan hanya tertakluk kepada pemilik motosikal bahkan turut melibatkan pemilik kenderaan bermotor yang lain supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan bermotor. - Bernama

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim