web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Abah' Catat Sejarah, Individu Pertama Terima Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2021 3:30PM

Muhyiddin menerima suntikan vaksin COVID-19, di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, hari ini.- Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat sejarah sebagai individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada jam 2.43 petang tadi.

Muhyiddin menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11, iaitu antara lokasi dikenal pasti sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam program imunisasi terbesar negara ini.

Beliau yang diiringi beberapa anggota Kabinet, antaranya Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tiba di pusat kesihatan itu kira-kira jam  2.25 petang dan perlu melalui lima stesen di PPV untuk proses vaksinasi berkenaan.

Ia mencakupi saringan gejala dan suhu di stesen pertama, pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran (stesen kedua), proses konsultasi dan persetujuan imunisasi (stesen ketiga), suntikan vaksin dan pemerhatian, masing-masing di stesen keempat serta kelima.

Turut menerima suntikan pertama dan merupakan antara yang terawal menerima vaksinasi ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Empat pegawai berkenaan dikenali sebagai petugas Dr Tan Yee Ling, Sheilla Mellissa Sikin, Khairul Asraf Mohd Yasin dan Clement a/l Marai Francis.

Acara itu menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan secara rasmi, dengan sasaran pemberian vaksin secara percuma kepada semua penduduk, termasuk dari kalangan warga asing.

Difahamkan sekitar 500,000 petugas barisan hadapan menerima dos pertama, dalam fasa pertama program vaksinasi yang bermula antara Februari hingga April 2021. - Getaran, 24 Febuari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'