web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jantung Terhenti, Peluh Sejuk Mengalir Lihat Jambatan Pulau Pinang Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 4:58PM

Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2, terbakar, Isnin lalu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - "Saya tergamam apabila melihat kepulan asap di atas Jambatan Pulau Pinang, terasa seolah jantung berhenti berdegup, tambah lagi apabila memikirkan keselamatan diri," kata seorang pemandu yang melihat kejadian kabel elektrik di bawah jambatan itu terbakar, Isnin lalu.

Mengimbas kejadian menakutkan itu, kakitangan swasta, Baharudin Salleh, 36, berkata,  beliau sedang dalam perjalanan pulang dari kerja dan memandu naik ke atas Jambatan Pulau Pinang, untuk menuju ke rumahnya di Seberang Jaya.

Menurut Baharudin, hatinya berdegup kencang dan tidak sedar peluh sejuk mengalir deras apabila pelbagai sangkaan buruk melintas di hati, menyebabkan fikirannya buntu seketika.

"Trafik menjadi sangat sesak ketika itu. Jadi, mahu atau tidak, saya tidak boleh berpatah balik dan perlu meneruskan perjalanan.

"Pada mulanya saya sangkakan ada kemalangan jalan raya, namun kepulan asap hitam yang muncul di laluan tengah Jambatan Pulau Pinang menyebabkan saya mengesyaki ada perkara lain yang terjadi," katanya kepada Getaran.

Isnin lalu, pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang dikejutkan dengan kepulan asap yang keluar dari bawah struktur jambatan itu.

Kejadian kira-kira 4 petang di KM3.3 menghala ke Georgetown itu menyebabkan kesesakan teruk berikutan terdapat pemandu yang bertindak memberhentikan kenderaan masing-masing, kerana bimbang setelah melihat kepulan asap itu keluar melalui jeriji besi di tengah jalan.

Menceritakan lebih lanjut, Baharudin berkata, beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama hampir dua jam, berikutan penutupan dua laluan bagi kerja-kerja pemadaman api.

Beliau turut mengakui timbul sedikit perasaan bimbang terhadap tahap keselamatan Jambatan Pulau Pinang, namun terpaksa ditolak tepi berikutan ia adalah satu-satunya laluan yang paling hampir untuk ke tempat kerja dan kediamannya.

"Saya bersyukur kerana semuanya selamat. Saya berharap insiden seperti ini tidak berulang kerana ia membabitkan nyawa ribuan pengguna jalan raya setiap hari," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya memberitahu kebakaran kabel elektrik itu berpunca daripada litar pintas melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah di Seberang Perai, ke Bayan Mutiara di bahagian pulau.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin dilaporkan berkata, kebakaran kabel itu dikesan berlaku sekitar jam 4 petang dan punca sebenar masih lagi dalam siasatan.

Sehubungan itu, PLUS selaku pengendali Jambatan Pulau Pinang turut menutup lorong kanan di kedua-dua arah di lokasi kebakaran selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

Difahamkan, ini adalah kali ketiga kejadian seumpamanya berlaku di jambatan berkenaan selepas 1995 dan 2010, shingga mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau, khususnya di  Bayan Lepas. – Getaran, 24 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'