web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Tunggal Putih Mata, RM200,000 Dikebas Macau Scam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 8:25AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Kerap kali, malah hampir saban hari kita dihidangkan dengan kisah mangsa penipuan yang kerugian sejumlah besar wang, termasuk membabitkan kehilangan duit simpanan.

Hanya melalui interaksi secara maya, sindiket penipuan ini cergas menggunakan pelbagai teknik dan taktik untuk memperdaya mangsa, termasuk daripada golongan profesional.

Berkongsi pengalaman tragis itu, seorang ibu tunggal menceritakan bagaimana beliau berputih mata, apabila wang simpanan miliknya yang berjumlah RM200,000 lesap dikapur sindiket Macau Scam.

Kejadian bermula pada 4 Januari  lalu, apabila mangsa yang berusia 61 tahun,  menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat bungkusan mengandungi kad pengenalan serta beberapa keping kad ATM milik mangsa.

Salemah (bukan nama sebenar), ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau menafikan kewujudan bungkusan berkenaan, sebelum lelaki terbabit memintanya membuat laporan polis.

Panggilan itu katanya, disambungkan kepada seorang individu lain yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Selepas saya menafikan ada terbabit dalam pengubahan wang haram, ‘anggota polis’ itu mula mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan, dipercayai untuk membuatkan saya berasa takut.

“Dia mendakwa, saya akan dipenjarakan selama beberapa tahun jika didapati bersalah,” katanya kepada Getaran.

Salemah memberitahu, lakonan lelaki itu yang begitu meyakinkan membuatkan beliau mula percaya dan terdesak untuk melakukan apa sahaja bagi mengelakkan sebarang hukuman.

Mula berasa takut, Salemah melakukan empat transaksi kewangan dalam tempoh sebulan, membabitkan wang berjumlah RM200,000 bagi diserahkan kepada suspek.

“Disebabkan saya takut, jadi mereka (suspek) memberi arahan, supaya saya membuat transaksi ke dalam bank pihak berkuasa untuk siasatan.  

“Mereka berjanji bahawa wang berkenaan akan dipulangkan semula jika siasatan mendapati saya tidak bersalah,” katanya.

Beliau menarik perhatian, setiap transaksi itu membabitkan wang berjumlah RM50,000 yang dikeluarkan dalam tempoh empat minggu berturut-turut.

“Saya ketika itu begitu yakin akan memperoleh semula wang terbabit seperti dijanjikan,” katanya.

Salemah memberitahu, beliau tidak lagi menerima sebarang pesanan melalui aplikasi Whatsapp atau panggilan telefon dari suspek seperti kebiasaan, sebaik membuat transaksi terakhir pada 6 Februari lalu.

Menyedari keadaan itu, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis di Petaling Jaya, 7 Febuari lalu.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), sebanyak 2,466 kes penipuan Macau Scam dicatatkan sepanjang 2019, membabitkan kerugian berjumlah RM121,855,100.

Kerugian itu meningkat kepada RM172,676,943 menerusi 2,244 kes pada tahun lalu.

Jumlah tangkapan turut meningkat tahun lalu iaitu 1,078 berbanding 866 pada 2019. - Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'