web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyebar Berita Palsu Vaksin COVID-19 Akan Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 3:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk membuka kertas siasatan terhadap berita palsu yang menggalakkan orang ramai untuk tidak mengambil vaksin COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan itu akan diambil jika pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, siasatan boleh dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Bagaimanapun setakat ini tiada laporan polis diterima," katanya hari ini.

Acryl Sani menyatakan demikian ketika menjawab persoalan berhubung tindakan terhadap mana-mana pihak yang membantah suntikan vaksin susulan penularan berita palsu berhubung perkara itu.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.

"Perbuatan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu satu tindakan mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

"Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," tegasnya.

Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad