web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Sedia Ambil Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 8:44PM

Seorang pesara menerima dos pertama vaksin COVID-19 dari Rusia di Nagykata, Hungary pada 24 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan semalam memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia yang mengharapkan episod hitam penularan wabak 'pembunuh' itu segera berakhir.

Selepas setahun negara terumbang ambing dek musuh yang tidak kelihatan itu, ketibaan lebih 300,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Sabtu lalu pastinya amat dinanti-nantikan seluruh rakyat terutamanya golongan warga emas.

Dikategorikan sebagai golongan rentan, warga emas semestinya perlu dilindungi daripada virus ini susulan reputasinya yang sangat berbahaya kepada kelompok terbabit.

Peka dengan situasi semasa dan risiko yang dihadapi, pesara kerajaan, Mohd Nizam Mohd Yusoff, 61 enggan menunggu lama dan bertindak mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin, untuk dimasukkan dalam senarai fasa kedua imuninasi.

Mohd Nizam Mohd Yusoff
Mohd Nizam Mohd Yusoff

Katanya, sebaik mendapat maklumat bahawa kemas kini aplikasi MySejahtera membolehkan orang ramai mendaftarkan diri untuk menerima vaksin, beliau tanpa berlengah terus berbuat demikian.

"Pemvaksinan merupakan antara langkah efektif untuk memulihkan semula keadaan yang sudah setahun lamanya kita harungi dengan pelbagai kesusahan, sehingga memaksa kita mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

"Sudah pasti perasaan takut itu ada, namun ini adalah satu ikhtiar untuk kita secara bersama mengembalikan keadaan seperti sedia kala, yang membolehkan segala aktiviti dijalankan tanpa sekatan," katanya kepada Getaran.

Mohd Nizam berkata, suntikan vaksin adalah langkah terbaik bagi memastikan keselamatan masing-masing, memandangkan kediamannya dihuni oleh golongan rentan.

Sementara itu, pengusaha butik pakaian, Norizan Mohd Yazid, 62, berkata beliau dan suaminya bersedia untuk mengambil vaksin yang disediakan kerajaan sekali gus menyumbang kepada pembentukan imuniti kelompok di negara ini.

Norizan Mohd Yazid
Norizan Mohd Yazid

Katanya, berdasarkan pembacaannya mengenai laporan berhubung vaksin COVID-19 ini, beliau yakin ia selamat digunakan terutamanya untuk golongan warga emas.

"Berdasarkan pengalaman divaksin untuk menunaikan haji dan sebagainya, saya yakin ia selamat diambil dan pastinya ia adalah yang terbaik untuk masyarakat di negara ini," katanya.

Menurut beliau, lebih cepat negara mencapai imuniti kelompok seperti diharapkan, lebih baik kesannya bukan saja kepada kesihatan masyarakat, malah untuk ekonomi negara yang suram sejak pandemik COVID-19 menyerang. - Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'