web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jalan Penduduk Beriadah Dibuka Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Feb 2021 9:04PM

Notis memberitahu yang penunggang basikal dan mereka yang berjoging dilarang masuk ke jalan tersebut dalam tinjauan pada 21 Februari.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Jalan persendirian yang sering digunakan sebagai laluan untuk menjalankan aktiviti riadah oleh penduduk di sekitar Bukit Kiara dan Taman Tun Dr Ismail dijangka dibuka semula pada April.

Dalam satu notis pemberitahuan, Sime Darby Property menjelaskan bahawa jalan yang beralamat 1/70D, Off Jalan Bukit Kiara di KLGCCC Resort, akan dibuka sepenuhnya kepada pejalan kaki setiap hari, mulai tempoh berkenaan.

Penunggang basikal bagaimanapun, hanya dibenarkan menggunakan laluan itu pada setiap Ahad.

“Apabila ianya dibuka semua, penunggang basikal dan mereka yang berjoging dinasihatkan supaya memperlahankan kayuhan serta larian masing-masing semasa menggunakan jalan tersebut.

“Mereka juga tidak digalakkan memberi makanan kepada haiwan liar yang mungkin berkeliaran sepanjang jalan itu,” kata notis itu.

Jalan tersebut ditutup apabila ianya dibanjiri pengguna yang tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa penguatkuasaan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, 2020 susulan pandemik COVID-19.

Pejalan kaki beriadah di jalan persendirian tersebut pada 12 Februari.
Pejalan kaki beriadah di jalan persendirian tersebut pada 12 Februari.

“Semasa PKP pertama, taman awam termasuk Taman Rimba Kiara ditutup dan ini mengakibatkan jalan tersebut dipenuhi oleh orang awam untuk menjalankan aktiviti riadah seperti menunggang basikal.

“Mereka juga tidak mengamalkan penjarakan yang selamat ketika pandemik ini,” jelas notis itu.

Tambah Sime Darby Property lagi, sekatan jalan itu juga dilaksanakan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kerana aktiviti pembangunan yang sedang berlangsung di sekitar jalan.

“Terdapat risiko kepada pejalan kaki dan penunggang basikal kerana ada banyak kenderaan berat yang menggunakan jalan tersebut.

“Sime Darby Property juga sedang dalam proses menyelenggara jalan tersebut dengan ciri-ciri keselamatan tambahan termasuk, memasang papan tanda dan bonggol jalan,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah