web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Bau Busuk Terjawab, Pemilik Restoran Temui Mayat Dalam Premis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 9:19PM

Mayat yang identitinya tidak dikenali dijumpai di premis sebuah restoran di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU : Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran akhirnya terjawab dengan penemuan satu mayat lelaki di Jalan Chung Thien Vun di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30an itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan kembung dan melecur, hampir 70 peratus pada keseluruhan badan.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemilik restoran tiba di premisnya selepas menutup operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 40an itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis.

Bimbang perkara buruk berlaku, pemilik premis terbabit segera menghubungi polis bagi memaklumkan perkara itu.

Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat berkenaan berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Sumber memberitahu, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari tiga hari, berdasarkan keadaan mayat yang kembung.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

"Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian," katanya.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad