web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fatwa Ambil Vaksin, Malaysia Rujuk Ulama Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 7:52AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin ini (vaksin COVID-19) selamat dan halal digunakan.

"Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus),” katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Vaksin: Cegah Sebelum Kalah’ yang disiarkan secara langsung di TV 1 malam ini.

Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata terdapat tiga aspek penting bagi menentukan hukum halal dan haram  sesuatu perkara, antaranya merujuk kepada pakar bagi bidang berkaitan sekiranya tidak terdapat dalil atau bukti dalam al-Quran dan hadis.

"Selain itu, hukum halal dan haram vaksin ini juga dikaji sama ada mempunyai sumber daripada haiwan yang tidak disembelih atau ada mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat.

"Sehubungan itu, kajian dan ahli kepakaran bidang kesihatan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan perkara-perkara yang memudaratkan ini,” katanya.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata Nabi Muhammad SAW turut merujuk pakar perubatan pada zaman itu jika ada para sahabat yang sakit.

"Nabi Muhammad SAW akan merujuk pakar perubatan Al-Harith ibn Kaladah walaupun beliau bukan seorang Muslim,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad