web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muslim Care Bina Rumah Untuk Asnaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 8:09AM

Razman Zakaria (kanan) melawat tapak rumah untuk asnaf di Kampung Alor Singa, Bagan Serai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) kini dalam usaha mendapatkan lebih banyak dana, khususnya menerusi sumbangan orang ramai, untuk membina rumah bagi golongan asnaf dan fakir miskin di Kampung Alor Singa di sini.

Timbalan Presidennya Mohd Johari Ismail berkata rumah terbabit akan dibina di atas tanah wakaf seluas 1.2 hektar di kampung berkenaan.

Setakat ini Muslim Care telah membina banyak rumah untuk mereka yang layak di seluruh negara menerusi sumbangan orang ramai, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria berkata beliau membeli tanah tersebut pada harga RM120,000 dengan sasaran membina 80 buah rumah untuk golongan asnaf dan fakir miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Baitulmal dalam memilih mereka yang layak.

"Kebanyakan golongan asnaf di DUN Gunung Semanggol ini tidak mempunyai tanah sendiri, malah ada yang menumpang di atas tanah orang selain ada juga hanya mampu menyewa rumah kecil walaupun memiliki keluarga yang besar,” katanya yang ditemui selepas melawat tiga rumah keluarga miskin di Kampung Parit Gabis Atas, Parit Haji Taib dan Balik Bukit, di sini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Muslim Care di talian 0169978323. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka