web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Lemas: Adik Sempat Pegang Tangan Kakak Sebelum Terlepas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 8:03AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular hari ini Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa’, 9,  sebelum terlepas akibat dipukul ombak.

Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian petang semalam itu berkata dia hanya meihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.

“Sebelum itu, adik berlari ke laut bersama rakan lain tanpa menunggu saya...tiba-tiba saya lihat adik terkapai-kapai dan semakin tenggelam menyebabkan saya terus berlari masuk ke laut untuk menyelamatkan dia,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Fitriah Dhia Zulaikha sebelum itu telah berjanji dengan jirannya Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, untuk mandi di pantai dan mereka berjalan kaki ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah sekitar 5.30 petang.

Dalam kejadian itu, Nor Najuwa turut ditemukan lemas manakala adiknya Mohd Fazrul Hakimi, 11, dilaporkan masih hilang. Mayat kedua-dua mangsa ditemukan sekitar 6 petang tadi.

Sementara itu, bapa kepada Fitrah Dhia Zahraa', Zaidi Mukhtar, 38, yang juga anggota tentera laut berkata mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik kerap meminta izin untuk mandi di pantai itu sejak beberapa hari lepas.

Zaidi tidak membenarkan anak-anaknya ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa dan biasanya gemar membawa mereka ke kolam renang di sebuah chalet berhampiran kerana lebih selamat.

"Bagaimanapun, disebabkan anak asyik meminta, saya telah membawa mereka mandi di pantai semalam. Namun, anak masih bertanya jika boleh ke pantai sekali lagi hari ini... mungkin dia tidak puas kerana semalam kami turun agak lewat iaitu sudah 6.30 petang. 

"Saya masih berada di pejabat semasa menerima panggilan telefon daripada isteri yang hanya menangis sekitar 6 petang. Saya tahu ada benda tidak baik berlaku dan terus pulang tanpa bertanya lanjut dan melihat orang sudah ramai di pantai," katanya. 

Zaidi berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1 pada esok. 

Bapa kepada Nor Najuwa dan Mohd Fazrul Hakimi, Mohd Ariffin Ismail, 55, berkata walaupun tinggal berhampiran pantai, anak keempat dan kelimanya jarang berpeluang mandi kerana tidak mengizinkan mereka ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa. 

"Mereka minta izin untuk mandi hari ini, tapi tidak sangka mereka terlalu seronok dapat ke pantai sehingga tiba terlebih dahulu daripada orang lain. Saya cuma berharap Mohd Fazrul Hakimi ditemukan segera," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Sukan 14 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA