web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Mandi Laut, Mangsa Hilang Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 5:58PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Rosdan Zakaria berkata mayat Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11, ditemukan oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

“Sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mangsa, pasukan bomba bersama anggota polis yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang dibawa naik dari pesisir pantai kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi SAR tamat pada 1.20 tengah hari, ” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, Fitrah Dhia Zahraa' Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, yang juga kakak kepada Mohd Fazrul Hakimi ditemukan lemas selepas mereka bersama-sama ahli keluarga ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang merupakan kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam.

Sementara itu, Mohd Zaidi Jusoh, 38, yang menemukan mayat mangsa terakhir itu ketika ditemui berkata beliau yang baru pulang daripada bertugas di Gebeng, di sini, melalui jalan tersebut kerana mengetahui terdapat mangsa lemas di kawasan pantai di situ.

“Ketika lalu saya nampak benda hitam seperti kepala dan sejurus mendekati objek tersebut ia adalah mangsa yang berada dalam keadaan meniarap.

“Kanak-kanak itu, seolah-olah dibawa naik ke pesisir pantai dengan pukulan ombak...saya menghubungi kawan untuk memaklumkan perkara itu sebelum pasukan keselamatan tiba,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Luar Negara 11 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar