web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Penjenayah Dari Bangladesh Bersembunyi Di Malaysia Dalam Perhatian - Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dakwaan bahawa penjenayah dalam buruan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi tentera Bangladesh berada di negara ini dalam perhatian polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun beliau berkata hingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia agar siasatan dijalankan berhubung dakwaan tersebut.

“Saya yakinkan bahawa perkara tersebut dalam perhatian kami yang tidak akan membenarkan kegiatan mafia dari luar negara untuk bergiat dalam negara ini atau sebarang elemen pengganas bertapak di negara kita.

“Jadi, kita menunggu kalau ada permintaan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur sama ada apa yang didakwa dan dilaporkan itu mempunyai asas,” katanya pada sidang media selepas Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata terdapat kemungkinan laporan berkenaan ada kaitan dengan pilihan raya yang sedang berlangsung di Bangladesh.

“Mungkin laporan itu fokus kepada sesuatu pihak jadi kita tidak mahu terbabit,” katanya.

Sebelum ini, sebuah agensi berita antarabangsa dalam laporannya mendakwa abang kepada pemimpin tertinggi tentera Bangladesh yang disabitkan dengan kesalahan membunuh ahli politik di negara itu dipercayai bersembunyi di Malaysia sejak melarikan diri dari Bangladesh pada 2007. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah