web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komuniti Bundle Buat Kerja Amal, Bantu Bawa Pulang Jenazah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU : Nilai kemanusiaan itu sesungguhnya wujud tanpa mengenal sempadan, jantina, darjat atau keturunan.

Ia perbuatan yang lahir dari hati, bersulam keikhlasan dan ketulusan, tanpa mengharap balasan, walau sekelumit cuma.

Bersandarkan hakikat ini, hampir 20 penjual barangan terpakai Malaysia di Gwangju, Korea Selatan tekad menggerakkan acara jualan secara langsung, menerusi siaran Facebook Live, malam kelmarin.

Acara selama satu jam 40 minit itu berjaya meraih pulangan berjumlah RM50,000, satu pencapaian yang dianggap luar biasa, apatah lagi ia dianjurkan dari luar negara.

Dalam kegembiraan yang terpancar di wajah kumpulan peniaga berkenaan, jelas kelihatan riak sedih dan ia turut sama dirasai lebih 8,000 penonton siaran itu.

Ini kerana jualan berkenaan digerakkan, semata-mata untuk membantu misi membawa pulang jenazah seorang rakyat Malaysia, Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, 31 ke kampung halamannya di sini.

Muhammad Khairul yang bekerja secara kontrak di Gwangju, Korea Selatan, dilaporkan meninggal dunia Jumaat lalu, selepas dikatakan mengalami masalah kesihatan selama tiga minggu.

Menerusi jualan secara langsung di Facebook 'Saudagar jpkr', kumpulan penjual  terdiri daripada Acai Bundle - Korea, Nuahh Bundle, Bundle Bundle Safril Kuns, Selipar ManonAjushi, Gwangju Bundle, GTO Bundle, Bundle Borneo 21 dan Gwangju Family R'B Store mengumpulkan barang jualan serta koleksi peribadi masing-masing untuk dijual kepada orang ramai dengan sasaran jualan sebanyak RM40,000.

Niat yang baik dipermudahkan Allah SWT, jumlah yang terkumpul melebihi sasaran apabila selepas lebih satu jam bersiaran, mereka berjaya meraih RM50,000 dengan jualan barang tertinggi RM5,000, diperoleh menerusi sebuah beg berjenama MCM.

Abang Allahyarham, Hazlan Abdu Gapal, 35, ketika dihubungi Getaran tidak dapat menahan sebak melihat kesungguhan komuniti berkenaan, yang gigih membantu mereka sekeluarga untuk membawa pulang jenazah adiknya ke kampung halaman.

"Terus terang, saya sendiri tidak menyangka usaha murni mereka mendapat sokongan orang ramai yang turut bersimpati.

"Terima kasih komuniti bundle Malaysia di Korea Selatan , terima kasih rakyat Malaysia, hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik anda semua," katanya.

Difahamkan kos membawa pulang jenazah dari Korea Selatan ke Tawau, Sabah mencecah RM70,000, dan Hazlan sekeluarga sedang berusaha mendapatkan bantuan dari beberapa pihak lain termasuk wakil rakyat bagi mengumpul biaya berkenaan.

Menurut Hazlan, sehingga kini, mereka sekeluarga masih menunggu laporan perubatan untuk mengetahui punca sebenar kematian adiknya.

"Sebenarnya Allahyarham seorang perahsia dan enggan berkongsi masalah dengan keluarga termasuk segala perkara berkaitan penyakitnya.

"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat komuniti Malaysia di sana, adik saya dikatakan tidak sihat sejak dua hingga tiga minggu lalu," katanya.

Mengimbas kembali kenangan bersama anak kelima dari sembilan beradik itu, Hazlan berkata, Muhammad Khairul sudah bekerja di Korea Selatan hampir dua tahun.

"Allahyarham ada memaklumkan bahawa beliau mahu mengumpul duit buat dijadikan modal membuka bengkel kenderaan di Tawau dan mempelawa adik beradik lain untuk kerja bersama," katanya.

Sementara itu, seorang pembeli, Andika Nazri, 27, berkata, pihaknya terpanggil untuk melakukan pembelian jualan amal berkenaan kerana menyedari kos membawa pulang jenazah dari Korea Selatan ke Malaysia adalah sangat tinggi.

"Saya sendiri pernah bekerja di negara itu, sudah tentu saya tahu mengenai kos berkenaan.

"Justeru, saya terpanggil untuk turut sama menderma dengan membeli barangan yang dijual," katanya yang membuat pembelian bernilai RM3,000. – Getaran, 2 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi