web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Ikut Undang-undang Periksa, Geledah Rumah Di Kajang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Tindakan pihak polis memeriksa serta menggeledah sebuah rumah individu di Taman Bukit Segar, Kajang di sini pada 26 Feb lepas yang tular di media sosial adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata tindakan yang dibuat di kediaman individu itu adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan diambil pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa-kuasa menyiasat yang telah ditetapkan. 

"Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Baru-Baru ini, tular hantaran video seorang individu yang sedang dikesan polis mendakwa anggota pasukan keselamatan itu membuat serbuan serta penggeledahan di kediamannya tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap dan waran geledah.

Individu itu didakwa tidak memberikan kerjasama selepas 30 minit pihak polis berada di depan rumahnya dan tindakan pengeledahan serta penyitaan tanpa waran telah dibuat oleh seorang pegawai polis. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi