web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM1.2 Juta Dikumpul Dalam Masa 29 Jam Biaya Bayi Pramatang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 8:29AM

Gambar dari Facebook One Hope Charity & Welfare

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Ternyata ada sinar harapan buat bayi pramatang Malaysia yang dilahirkan di Singapura selepas kutipan derma kilat yang dilancarkan di Malaysia bagi membiayai kos perubatannya berjaya mengumpul RM1.2 juta dalam tempoh 29 jam.

"Ibu bapa dan orang ramai dari seluruh dunia telah memberi restu dan semangat kepada bayi yang dilahirkan ketika kandungan berusia 24 minggu itu agar dia berpeluang untuk terus hidup," demikian menurut badan bukan kerajaan (NGO) One Hope Charity & Welfare yang berpangkalan di Pulau Pinang ketika mengumumkan kejayaan kutipan derma itu.

Berdasarkan pemerhatian Bernama, kutipan derma itu, yang diumumkan semalam dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang tadi selepas mencapai matlamatnya.

Ketika ini, bayi pramatang yang dinamakan Eloise Ang Xuan Rui telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk terus hidup, menurut One Hope Charity & Welfare dalam laman Facebooknya.

"Perkembangan pertumbuhan bayi itu adalah positif, berat badannya meningkat secara beransur-ansur dan sudah boleh diinkubasi dengan selamat sehingga proses tumbesarannya lengkap.

"Jika keadaannya stabil, hospital yang merawatnya ketika ini boleh mengatur untuk memindahkan bayi itu ke hospital di Malaysia untuk pemerhatian," menurut NGO itu.

Ia turut berkongsi beberapa keping gambar Eloise yang memaparkan tubuhnya penuh berselirat dengan tiub.

Bayi perempuan itu dilahirkan hanya seberat 670 gram dengan saiz badan sebesar tapak tangan.

Menurut One Hope Charity, kos perubatan untuk bayi itu dianggarkan sebanyak S$400,000 atau RM1.25 juta sedangkan ibu bapanya, yang bekerja di republik itu, hanya mampu menyediakan RM50,000.

Gambar dari Facebook One Hope Charity & Welfare
Gambar dari Facebook One Hope Charity & Welfare

Ibu bayi itu, Koh Pei Ying, 29, melahirkan Eloise pada 22 Feb lepas pada 3 pagi selepas mengalami sakit perut sejak 19 Feb.

One Hope Charity menyatakan Eloise, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi inkubasi selama kira-kira 160 hari, dilahirkan ketika kandungan berusia kurang 28 minggu, yang menjadikan dia digelar sebagai ‘micro preemie.’

“Kulitnya hampir telus sehingga aliran darahnya dapat dilihat dengan mata kasar. Dia bukan sahaja harus dijaga dengan teliti malah perlu sentiasa dipantau meskipun jika berlaku perubahan paling kecil.

“Oleh kerana dia dilahirkan pada usia kehamilan 24 minggu, banyak organnya belum terbentuk sepenuhnya termasuk paru-paru dan otak,” menurut NGO itu tanpa mendedahkan nama hospital di Singapura di mana bayi itu ditempatkan.

One Hope Charity, yang melancarkan kempen kutipan derma kilat semalam, menyatakan bahawa langkah itu telah mencetuskan impak yang besar di seluruh dunia.

"Sumbangan bukan hanya diterima daripada para dermawan di Malaysia malah dari Singapura, Brunei, Taiwan, Amerika Syarikat dan banyak negara lain, yang mendoakan kesejahteraan bayi pramatang dengan semangat juang tinggi itu," menurut NGO itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka