web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seks Luar Tabie, MAIS Kerjasama Dengan PDRM Untuk Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 2:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mendapati Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk menetapkan seks luar tabii sebagai kesalahan jenayah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya telah mengadakan Mesyuarat MAIS Khas bagi membincangkan keputusan mahkamah berkenaan semalam.

Menurut beliau, MAIS menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lalu berhubung petisyen di bawah Artikel 4(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan, difailkan oleh Iki Putra Mubarak, seorang lelaki beragama Islam yang dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 28 yang di baca bersama Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995.

“Mahkamah Persekutuan mendengar hujahan daripada semua pihak telah memutuskan bahawa walaupun perlakuan persetubuhan  luar tabiee adalah satu kesalahan yang melanggai perintah agasi Islam, namun DUN tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak kompeten untuk menggubal peruntukan Seksyen 28 EJSS itu dan memutuskannya sebagai tidak sah serta tidak berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata, MAIS walaupun akur dengan keputusan itu, ia sama sekali tidak boleh dilihat sebagai suatu bentuk pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sama ada oleh pihak mahkamah mahupun majlis itu sendiri..

“Ini kerana perbuatan persetubuhan sejenis atau luar tabii adalah suatu kesalahan amat serius di sisi agama Islam yang bercanggah dengan akhlak, moral dan norma kehidupan masyarakat di Malaysia.

Tegasnya lagi, kesalahan seks luar tabii itu juga diperuntukan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 20  tahun dan sebatan jika sabit  kesalahan.

“MAIS dan pihak berkuasa agama Islam di Selangor akan terus kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan untuk kesalahan yang dilakukan Iki Putra ini diteruskan PDRM mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan juga sama sekali tidak menafikan bidang kuasa DUN untuk membuat undang-undang berhubung kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam, namun ia hendaklah selaras dengan peruntukan Jadual Kesembilan, Butiran 1, Senarai ll (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Abdul Aziz menarik perhatian, Mahkamah Persekutuan menyatakan DUN masih boleh terus menggubal undang-undang kesalahan Syariah yang meliputi kesalahan akidah, kesucian agama Islam dan berkaitan moral..

“MAIS akan terus menyokong prinsip menghukum kesalahan syariah, seperti sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan EJSS demi memastikan agama Islam sebagai agama Persekutuan serta Negeri terus terpelihara di Malaysia dan Selangor. - Getaran 2 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi