web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Limau Rampas Wang Tunai Lebih RM1.2 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 5:41PM

Huzir Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian haram dilihat semakin menjadi-jadi, walaupun usaha membanteras jenayah itu giat dilakukan pihak berkuasa, termasuk ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Bergerak tanpa sasaran tertentu, sindiket perjudian ini bertindak berani mempromosikan kegiatan mereka tanpa mengambil kira latar belakang individu.

Sepanjang bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membanteras aktiviti perjudian dengan membuat 203 serbuan serta merampas wang tunai lebih RM1.2 juta, menerusi pelaksanaan Op Limau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Huzir Mohamed, berkata, tumpuan diberikan terhadap aktiviti perjudian dalam bangunan dan judi tempat bebas yang tertakluk di dalam Jadual Pertama serta Kedua, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Sebanyak 203 serbuan berjaya dilaksanakan sepanjang 1 hingga 28 Februari lalu berbanding 141 serbuan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Untuk ini, 1,513 individu berjaya ditangkap dan PDRM turut merampas wang tunai sebanyak RM1,216 617,” katanya.

Menurut Huzir lagi, Op Limau yang dijalankan Tahun Baharu Cina lalu mencatatkan kejayaan, khususnya usaha membanteras aktiviti perjudian.

Beliau menarik perhatian, antara kes menarik adalah serbuan membabitkan judi ‘Pai Kaw’ yang dijalankan di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada 13 Februari lalu.

“Melalui serbuan judi ‘Pai Kaw’, pihak polis telah dengan berjaya menahan 19 suspek serta merampas wang tunai RM276,950.

“Pada 21 Februari pula, dua serbuan membabitkan judi Pai Kaw dan judi ‘sisik’ dijalankan di Endau, Mersing, Johor dengan menahan 20 suspek serta merampas wang tunai sebanyak RM98,599," katanya. - Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah