web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Leka Sabung Ayam, 31 Individu Termasuk Warga Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 5:56PM

Polis mengadakan serbuan di sebuah ladang sawit di Bergosong, Pulau Sebatik, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Keseronokan sekumpulan 31 individu termasuk seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun menyaksikan aktiviti sabung ayam tidak berpanjangan, apabila mereka ditahan polis dalam dua kejadian berasingan, di sini, kelmarin.

Serbuan pertama dilakukan di sebuah ladang sawit persendirian di Bergosong, Pulau Sebatik, jam 4 petang dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk dua wanita yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian sabung ayam.

Dalam masa sama polis turut menahan 14 individu lain terdiri dari tujuh lelaki dan tujuh wanita di Kilometer 60 Tawau-Kunak, jam 4.30 petang, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti sama.

Difahamkan, penganjur perjudian itu sengaja menjadikan kawasan ladang persendirian yang jauh dari pusat bandar sebagai gelanggang sabung, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah itu berjaya dikesan polis selepas menerima aduan awam berhubung aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

"Semua suspek yang berusia antara 18 hingga 84 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Daripada jumlah itu, hanya seorang warga tempatan, manakala selebihnya adalah warga Indonesia yang bekerja di sini," katanya.

Gelanggang sabung yang dibina di ladang sawit khas.
Gelanggang sabung yang dibina di ladang sawit khas.

Susulan serbuan, polis turut menahan 25 suspek disyaki pendatang asing tanpa izin, selepas mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri apabila diminta berbuat demikian.

Tambah Peter, pihaknya turut merampas 23 ekor ayam sabung hidup, 47 pisau taji dan wang tunai yang dipercayai digunakan untuk aktiviti terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. – Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi