web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harimau Malaya, Si Raja Rimba Penuh Misteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Mar 2021 2:10PM

Natasha Zulaikha Zahirudin. - Gambar Natasha/WWF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sejak sekian lama, Harimau Malaya atau lebih dikenali sebagai harimau belang menjadi lambang kekuasaan yang sering digunakan sebagai simbol rasmi kerajaan, malah haiwan ini  juga merupakan antara ikon negara.

Di Malaysia, kita memiliki satu daripada enam subspesies harimau yang masih wujud, iaitu Panthera Tigris Jacksoni atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya, dan ia boleh ditemui di Semenanjung Malaysia. 

Pesona misteri ‘si belang’ mungkin kedengaran menggerunkan, namun bagi Natasha Zulaikha Zahirudin, 25, itu bukan halangan untuk  beliau mengagumi keunikan haiwan ini, walaupun dimomokkan dengan pelbagai cerita menakutkan.

Kelicikan si raja rimba juga antara pemangkin untuk gadis manis terbabit merungkai rahsia sebenar di sebalik haiwan ini, yang sering dijadikan simbolik kekuasaan dan kemegahan.

“Bercakap mengenai harimau, ramai mengatakan bahawa mereka jatuh hati pada kecantikan dan aura yang ada padanya, namun pada saya, misteri melingkari ciptaan Tuhan ini jauh lebih menarik untuk diterokai.

Natasha memeriksa kamera yang digunakan untuk merakam gambar raja rimba itu. - Gambar Natasha
Natasha memeriksa kamera yang digunakan untuk merakam gambar raja rimba itu. - Gambar Natasha

“Apa yang dapat saya simpulkan ialah kucing gergasi ini menyimpan 1001 misteri yang sukar dirungkai oleh sesiapapun,” katanya.

Menurut pemegang Ijazah Sains Alam Sekitar dari Universiti Nottingham ini, rasa cinta terhadap raja rimba itu mula dirasai selepas membabitkan diri secara aktif dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dikenali sebagai MYCAT, sejak beberapa tahun lalu.

“Bayangkan, betapa takjubnya saya apabila berada di dalam hutan, kelibat haiwan itu sama sekali tidak terlihat oleh pandangan, walaupun kehadirannya dapat dirasai.

“Ia menjadikan saya seolah penasaran, bagaimana mungkin haiwan berwarna jingga terang itu dapat bersembunyi, sekali gus menjadikan keberadaannya tidak dapat dilihat hidupan lain,” katanya dengan penuh keterujaan.

Tapak kaki harimau yang dijumpai dalam hutan. - Gambar dari Natasha Zulaikha
Tapak kaki harimau yang dijumpai dalam hutan. - Gambar dari Natasha Zulaikha

Natasha berkata, rasa takjub dirasainya semakin bertambah, sejurus menatap beberapa foto harimau yang berjaya dirakam melalui kamera.

“Tiada kata indah yang dapat saya ungkapkan bagi menggambarkan kegembiraan itu, apabila dapat melihat foto haiwan berkenaan yang berjalan bersama beberapa anaknya di dalam hutan.

“Ia melahirkan satu keinginan, untuk melindungi kumpulan haiwan terbabit dengan baik, sama ada dari aspek makanan, pasangan dan usaha meningkatkan populasi  Raja Rimba itu yang kini semakin diancam kepupusan.

Natasha berkata, beliau pernah ditugaskan untuk meronda hutan bagi mengesan ancaman yang mungkin wujud ke atas raja rimba itu.

“Sewaktu meronda, saya akan melihat apa yang berlaku di dalam hutan menggunakan alat perakam khas di dahan pokok, selain mengesan sebarang tanda ancaman terhadap harimau, seperti jerat dawai, sangkar atau perangkap jenis lain yang dipasang oleh pemburu haram.

“Kegilaan memburu haiwan ini secara haram perlu dihentikan segera, bukan sahaja kerana penurunan mendadak bilangan haiwan itu, tetapi juga bagi memastikan kelangsungan ekosistem alam,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah