web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Situasi Kian Kritikal, Raja Rimba Di Ambang Kepupusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 9:01AM

Gambar oleh Shariff Mohamad / WWF-Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahukah anda populasi harimau liar di Malaysia yang dianggarkan mencapai 3,000 ekor sekitar tahun 1950-an, kini hanya tinggal kurang dari 200?

Ya, haiwan yang sinonim dengan jolokan Raja Rimba itu kini diambang kepupusan akibat ancaman pemburu haram. 

Menurut Pengurus Pemuliharaan Habitat Harimau Tabung Hidupan Liar (WWF), Christopher Wong, Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai terancam dan berada dalam situasi yang amat kritikal. 

“Pemburuan haram merupakan ancaman terbesar yang menggugat kelangsungan hidup haiwan ini, malah, menurut laporan Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) Asia Tenggara, dari tahun 2000-2018, sebanyak 100 harimau telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

Perangkap yang dipasang pemburu haram. - Gambar oleh Lau Ching Fong/WWF Malaysia
Perangkap yang dipasang pemburu haram. - Gambar oleh Lau Ching Fong/WWF Malaysia

Christopher berkata, melalui laporan yang diterbitkan oleh WWF, sebanyak 371,856 jerat telah ditemui dan dimusnahkan di sekitar  Asia Tenggara dari tahun 2005 hingga 2019, termasuk yang terdapat di Kemboja, Indonesia, Laos dan Vietnam.

“Di negara ini sahaja, sebanyak 1,200 jerat ditemui dan dimusnahkan oleh pasukan rondaan WWF-Malaysia, dengan sebahagian besar jerat ini dipasang sindiket pemburu daripada negara Indochina seperti Vietnam, Kemboja dan Thailand. 

“Jika ancaman ini berterusan, jangan hairan sekiranya populasi mereka semakin berkurangan dan pupus pada akhirnya,” katanya kepada Getaran.

Harimau yang cedera selepas terkena perangkap. - Gambar oleh Lau Ching Fong/WWF Malaysia
Harimau yang cedera selepas terkena perangkap. - Gambar oleh Lau Ching Fong/WWF Malaysia

Menurutnya lagi, WWF-Malaysia mengambil pelbagai pendekatan, pelbagai pendekatan, dalam usaha untuk melindungi haiwan liar daripada kepupusan. 

Antaranya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan usaha konservasi harimau seperti perlindungan habitat, aktiviti rondaan, melobi untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penjenayah hidupan liar serta pelaksanaan pelbagai program kesedaran awam.

“Antara usaha  dilakukan di lapangan (dalam hutan) yang mempunyai impak secara langsung adalah misi anti-pemburuan haram, mencakupi rondaan berterusan dan memusnahkan perangkap dipasang.

“Selain itu, kajian saintifik menggunakan perangkap kamera turut dilakukan untuk menilai keberkesanan usaha konservasi,” katanya.

Christopher turut menepis tanggapan masyarakat bahawa harimau gemar menyerang manusia apabila seringkali dilihat berlegar di sekitar kawasan kampung. 

“Saya tahu banyak berita tular kononnya harimau suka menyerang manusia, namun hakikatnya haiwan ini akan mengelak daripada berhadapan dengan orang ramai.

“Secara relatifnya pada sepuluh tahun kebelakangan ini, konflik membabitkan harimau dengan manusia adalah sangat rendah. Di antara pertengahan 2019 sehingga awal 2020, kedua-dua kes harimau yang tular di sosial media berikutan kemunculan haiwan terbabit di kawasan kampung atau penempatan manusia adalah kerana penyakit Canine Distemper, dan ia mempengaruhi sistem saraf binatang tersebut, sehingga mengakibatkan kecelaruan haluan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kedua-dua haiwan itu akhirnya menemui ajal, walaupun satu darinya berjaya diselamatkan dan dibawa pusat rawatan.

“Penyakit dideritai haiwan itu terlalu parah, menyebabkan ia gagal diselamatkan walaupun Perhilitan sudah berusaha memberikan rawatan terbaik.

“Seekor lagi pula ditemui mati di dalam hutan, tidak lama selepas itu,” katanya sedih.

Tambahnya, cerita dan video yang dikongsi secara berleluasa akhir Februari lalu mengenai seekor harimau tercedera yang muncul di salah satu ladang di Terengganu turut mengandungi kisah tersendiri.

“Tubuh haiwan itu didapati penuh dengan kesan peluru, namun berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk dibawa ke pusat rawatan,” katanya. -  Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka