web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pawagam di Malaysia Bakal Dibuka Semula Minggu Ini

Berita baik buat pencinta filem, beberapa pawagam di seluruh Malaysia bakal dibuka semula hujung minggu ini.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Mar 2021 11:46AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lama dinanti-nanti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) buat kesemua negeri di Malaysia kecuali Sabah akhirnya diumumkan oleh pihak kerajaan. Ini sekaligus membuka peluang ekonomi untuk pelbagai sektor seluruh tanah air.

Industri hiburan yang banyak terjejas gara-gara pandemik COVID-19 kini menyaksikan sinar harapan untuk bangkit semula. Antara yang paling ditunggu-tunggu adalah pembukaan pawagam kepada pihak awam.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, operasi pawagam yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

Berita gembira ini disambut baik oleh syarikat-syarikat operasi pawagam Malaysia yang begitu teruja berkongsi khabar ini lewat media sosial selain filem-filem baru yang bakal ditayangkan.

Syarikat Golden Screen Cinemas sendiri sudah mengumumkan pembukaan semula pada 5 Mac ini.

Sungguhpun begitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia.

Kami mengucapkan selamat menonton kepada semua pencinta filem dan jangan lupa patuhi SOP! – Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah