web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Bebas Tuduhan Dadah Di Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 11:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Rakyat Malaysia berumur 38 tahun yang terselamat dari hukuman gantung pada 13 Okt 2020 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya dari pertuduhan berat berkaitan dadah, akhirnya melangkah keluar dari tahanan sebagai lelaki yang bebas.

Akhbar Straits Times melaporkan bahawa Beh Chew Boo dibebaskan selepas panel hakim yang sama mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap lelaki itu.

Hakim yang terdiri daripada Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong, membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh, menurut akhbar harian itu.

Beh, yang ditahan pada 26 Okt 2016 atas dakwaan cuba membawa masuk 499.97 gram metamfetamin dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands, berhadapan dengan lima pertuduhan membawa dadah ke republik itu.

Bagaimanapun pihak pendakwa hanya meneruskan pendakwaan terhadap Beh dengan hanya satu pertuduhan berat, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Beh disabitkan Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membawa dadah jenis methamphetamine seberat 499.97gram dan dijatuhi hukuman mati pada awal tahun 2020.

Beh memasuki Singapura dari Malaysia dengan menunggang motosikal milik rakannya yang didaftarkan di Malaysia, bersama dengan teman wanitanya Ting Swee Ling, yang membonceng motosikal itu.

Dadah yang dirampas mengandungi tidak kurang dari 742.82gram serbuk hablur, yang selepas dianalisis, ia didapati mengandungi tidak kurang dari 499.97gram metamfetamin. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka