web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA Rampas RM811,120 Arak Tidak Bercukai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 4:54PM

Gambar dari PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai apabila menahan tiga lelaki dan merampas 5,733 botol arak seludup pelbagai jenama dengan nilai rampasan berjumlah RM811,120, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras menyerbu sebuah premis di Taman Batu Unjur, Klang, Selangor.

Komander Briged tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komisioner, Muhammad Abdul Halim, berkata pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 25 hingga 35 tahun ketika serbuan dijalankan.

“Pada serbuan sama, sebanyak 220 kotak arak jenis liquor pelbagai jenama dirampas di premis terbabit.

“Jumlah keseluruhan rampasan arak ini adalah sebanyak 5,733 botol membabitkan 2,069.68 liter. Arak dirampas mengandungi 32.5 peratus hingga 40 peratus alkohol.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM811,120,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kumpulan terbabit disyaki mengedarkan minuman keras itu di sekitar Lembah Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang. – Getaran, 3 Mac 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global