web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Acu Pistol Palsu Pada Pemandu Wanita, Lelaki Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 5:51PM

Pistol mainan yang dirampas daripada seorang lelaki di Bandar Sri Damansara, tengah malam tadi. - Gambar dari PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Berang akibat dibunyikan hon, seorang lelaki bertindak ganas dengan mengeluarkan 'pistol' kepada seorang pemandu e-hailing wanita ketika berada di Jalan PJU 10/3 Damansara Damai, Petaling Jaya.

Tindakan lelaki berusia 32 tahun itu bagaimanapun membawa padah apabila dia ditahan di rumahnya di Jalan Mahogani SD 1/3, Bandar Sri Damansara, tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 3.15 petang.

Katanya, ketika kejadian mangsa iaitu seorang wanita yang juga pemandu e-hailing berusia 36 tahun dalam perjalanan mengambil penumpang di kawasan kondominium sekitar Damansara Damai.

“Sebaik tiba di Jalan PJU 10/3 Damansara Damai, mangsa membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Wira yang bergerak secara teragak-agak di hadapannya.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu Proton Wira itu menunjukkan objek yang menyerupai pistol melalui tingkat kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan maklumat, katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki dan merampas pistol mainan berwarna hitam buatan China di pinggangnya.

“Suspek mengaku menunjukkan pistol tersebut disebabkan marah kepada mangsa yang membunyikan hon terhadapnya.

“Suspek yang tidak bekerja itu didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau dalam kes membabitkan dadah,” katanya.

Menurut Nik Ezanee, suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – Getaran, 3 Mac 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global