web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup 6 Tan Buah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Mar 2021 6:52PM

PPM patahkan cubaan seludup 6 tan buah-buahan dari Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Cubaan dua lelaki tempatan menyeludup masuk enam tan buah-buahan dari Indonesia ke daerah ini gagal apabila mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Simpang Tiga, Pulau Sidam, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 56 tahun, ditahan ketika membawa buah tersebut menaiki sebuah bot jongkong.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis  Mohd Nazari Ismail berkata, terdahulu pihaknya melakukan rondaan di lokasi kejadian sebelum menemui sebuah bot jongkong yang sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan dan menuju ke arah Tawau.

"Anggota bertugas kemudian menahan dan memeriksa bot tersebut sebelum menemui beberapa kotak kayu yang ditutup menggunakan kanvas.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kotak kayu berkenaan mengandungi pelbagai jenis buah, disyaki dari negara jiran yang cuba dibawa memasuki Sabah secara haram," katanya.

Tambah Mohd Nazari, antara yang dirampas adalah buah naga sebanyak 1,000 kilogram, mangga (3,000 kilogram), limau kasturi (400 kilogram) dan avokado (2,000 kilogram).

"Hasil siasatan mendapati juragan bot gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Jabatan Pertanian untuk membawa masuk buah berkenaan.

"Sehubungan itu, PPM menahan suspek dan merampas semua buah, bot jongkong serta enjin yang dianggarkan bernilai RM102,600 bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Enakmen Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Eksport) 1981. – Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad