web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Maut, 3 Parah Dalam Kejadian Struktur Binaan Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 11:15PM

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam van di tapak pembinaan sebuah lebuh raya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah setelah van dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian 5.58 petang tadi, van tersebut sedang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan dua mangsa terbabit disahkan maut di tempat kejadian. 

Beliau berkata kesemua mangsa adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun  

“Pemandu van berkenaan dikeluarkan pada pukul 8.55 malam dan mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada 9.27 malam.

“Mangsa yang cedera dibawa  ke Hospital Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zulkefly berkata terdahulu pihaknya menerima laporan sebuah treler yang membawa muatan telah melangggar perancah besi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Katanya, pemandu treler terbabit yang juga warga tempatan telah membuat laporan polis dan akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan kren.

Beliau berkata pihaknya turut mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang kemungkinan berlaku runtuhan kedua.

“Bomba terpaksa menggunakan tiga kren untuk mengangkat struktur runtuhan yang menimpa van berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.

Kejadian itu telah menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna dan kesesakan berlaku sepanjang kira-kira dua kilometer.

Seorang penduduk berdekatan lokasi kejadian, Zamirullah Sudin, 40-an, berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat seakan bunyi petir ketika berada di rumahnya sebelum melihat struktur binaan itu runtuh.

“Apabila saya nampak, saya bergegas turun dari rumah untuk ke lokasi dan mendapati orang ramai berkumpul untuk melihat kemalangan itu. Kemalangan berkenaan turut menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer kerana runtuhan berlaku di tengah jalan,” katanya.

Seorang saksi wanita mahu dikenali sebagai Haun, 20-an, berkata sewaktu kejadian dia berada di rumah dan turut mendengar bunyi kuat.

“Saya tinggal di flat berhampiran dengan tempat kejadian ini apabila saya keluar ke beranda nampak kemalangan itu berlaku,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah