web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Azam Baki, LPPR Perlu Beri Penjelasan Telus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 12:00PM

Tricia Yeoh - Gambar dari triciayeoh.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) untuk memberikan penjelasan yang telus bagi membersihkan nama Datuk Seri Azam Baki.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, LPPR harus mendedahkan proses yang diguna pakai dalam membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu daripada mana-mana salah laku.

Menurut beliau, LPPR juga harus menyatakan dengan telus, sama ada Azam memenuhi kriteria pengisytiharan harta berdasarkan pekeliling kerajaan yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan aset mereka.

“Kegagalan memberikan satu penjelasan menyeluruh tentang bagaimana keputusan tersebut dicapai dengan penuh ketelusan akan menghakis kepercayaan awam terhadap SPRM, sebagai sebuah institusi penting dalam membasmi rasuah dalam negara ini.

“Kami berpandangan penjelasan sebegitu amat kritikal dalam mengekalkan kredibiliti SPRM sebagai sebuah institusi bebas yang boleh membasmi rasuah dengan berkesan di Malaysia,” katanya.

Yeoh berkata, pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak menangani sepenuhnya kebimbangan awam mengenai integriti SPRM.

Tambah Yeoh, sekiranya keputusan membebaskan Azam dibuat hanya berdasarkan penjelasan beliau dalam satu mesyuarat sahaja tanpa penyiasatan menyeluruh, maka terbukti LPPR tidak menjalankan tugas dengan betul.

“Keadaan ini tidak patut berlaku dalam sebuah organisasi yang ditugaskan sebagai badan utama untuk mengawasi SPRM.

“Sebagai sebuah institusi penting yang mendukung integriti dalam negara ini, amat penting agar SPRM menunjukkan piawaian tertinggi.

“Justeru, badan kawal selia yang mempunyai tugas memberikan kebertanggungjawaban terhadap SPRM harus menganggap diri mereka sebagai benteng kepada ketelusan,” katanya.

Jelas Yeoh lagi, kontroversi dakwaan pemilikan saham ke atas Ketua SPRM tidak wajar diketepikan dengan hanya satu pertemuan dengan LPPR sahaja, kerana ia memerlukan tindakan susulan.

Kontroversi melibatkan Azam baru-baru ini menjadi tumpuan ekoran timbulnya dakwaan pemilikan saham olehnya di dua syarikat pada 2015.

Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika menyandang portfolio Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Menerusi satu sidang media semalam, Azam memaklumkan bahawa akaun perdagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.

Abu Zahar, yang turut hadir dalam sidang media semalam berkata, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut. - Getaran, 6 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini