web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dadah Bernilai RM333,282 Dirampas, 2 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 6:53PM

Pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan pada Ahad. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM333,282 ditahan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah, berkata mereka ditahan dalam serbuan pada jam 9 malam.

“Menerusi operasi gerakan Operasi Catrina tersebut, kami menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 64 tahun yang menjadikan kondominium berkenaan sebagai stor serta tempat memproses cecair dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemui 309 botol cecair methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 114,750 milimeter (mm) yang dianggarkan bernilai RM40,170 dan serbuk MDMA seberat 5,510 gram dengan nilai RM275,500,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Shokri berkata, pihak polis turut merampas 120 pil ekstasi seberat 48.66 gram bernilai RM2,430.

Katanya, rampasan turut membabitkan pil erimin 5 seberat 10.10 gram bernilai RM757, ganja seberat 38.30 gram (RM1,915) dan ketamin seberat 83.4 gram (RM12,510).

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah itu mencecah RM333,282 dan mampu menampung kegunaan 14,345 penagih dadah.

“Siasatan mendapati sindiket itu sudah beroperasi sejak sebulan lalu dan memilih kediaman berkenaan yang mempunyai kawalan keselamatan ketat bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa,” ujarnya.

Jelasnya, bekalan dadah itu dipercayai dijual kepada pelanggan pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

Menurut Mohd Shokri, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 3 Januari lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada masa sama, kami meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah melalui aplikasi WhatsApp 012-2087222 yang beroperasi 24 jam,” katanya - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Mahu Jadi Hab Pelancongan

2

Jelajah 3 bulan yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Angkat Budaya Sabah, Sarawak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ketua Sindiket Antara 14 Ditahan, Dadah Bernilai RM11.6 Juta Dirampas

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka