web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Tular Berdiri Di Beranda, Polis Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 2:23PM

Tular gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak berdiri di beranda sebuah kondominium semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirakam berdiri di beranda sebuah kondominium sehingga tular di media sosial, sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau boleh juga dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung video itu pada jam 4 petang semalam, sebelum menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut berusia lima tahun. Bapa mangsa memberitahu bahawa anaknya adalah seorang yang hiperaktif dan dia keluar dari beranda kerana mahu melihat kolam mandi.

“Kira-kira tiga minit kemudian, ibu bapa mangsa yang berusia 31 tahun dan 34 tahun berjaya memujuk mangsa untuk masuk semula ke dalam rumah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Saiful Annuar berkata, siasatan turut mendapati kejadian berlaku di rumah nenek mangsa ketika keluarganya berkunjung ke kediaman itu untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan ibu saudaranya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber tidak sah serta boleh mengganggu siasatan polis.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan gelagat kanak-kanak yang didakwa didera dan diletakkan di beranda sebuah kondominium.

Dua individu yang dikatakan ‘mengawasi’ kanak-kanak itu turut kelihatan dalam video terbabit. - Getaran, 7 Januari 2021.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad