web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilikan Saham, PH Gesa PM Adakan Sidang Khas Parlimen 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 5:16PM

Majlis Presiden PH menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi menjelaskan situasi sebenar berhubung isu Azam Baki. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengadakan sidang khas Parlimen bagi menjelaskan situasi sebenar berhubung isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memiliki dan membeli saham syarikat awam.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), berkata Perdana Menteri tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu dan seharusnya memberi penjelasan bagaimana pengurusan serta pentadbiran SPRM sudah rosak, sehingga wujud kes yang meranapkan imej institusi berkenaan.

“Kami (Majlis Presiden PH) turut menggesa Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang disiasat sebuah badan bebas.

“Kedua-dua mereka juga perlu direhatkan sementara siasatan dijalankan untuk menentukan sama ada mereka gagal melaksanakan tugas mengikut undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Menurut Majlis Presiden PH, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, seperti didakwa pelbagai pihak.

Jelasnya, kenyataan Azam berhubung isu terbabit tidak dapat diterima pihaknya kerana menunjukkan kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang dan percanggahan kepentingan  membabitkan akaun saham beliau yang digunakan untuk membeli saham bagi pihak adiknya.

“Ini melibatkan undang-undang, khususnya Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 yang boleh didenda RM3 juta atau dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah, serta isu punca dana diguna untuk pembelian jutaan saham berkenaan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH berkata, persetujuan Pengerusi LPPR dengan begitu mudah menerima penjelasan berkenaan, tidak menunjukkan integriti badan tersebut.

“Seharusnya siasatan lebih terbuka dan menyeluruh dijalankan kerana isu berkenaan membabitkan dakwaan pembelian saham bernilai jutaan ringgit di dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Oleh itu, kami mengulangi pendirian bahawa siasatan penuh perlu dilakukan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM terhadap bukan sahaja Ketua Pesuruhjaya sedia ada, malah juga terhadap Ketua Pesuruhjaya yang berkhidmat sebelum ini,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'