web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ABIM Gesa MoU Kerajaan-PH Dilaksana Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 4:52PM

MoU yang dimeterai dengan PH merangkumi enam perkara, termasuk Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen itu, bertujuan menjalin kolaborasi dwi partisan untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi serta politik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan transformasi pentadbiran seperti termaktub dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai dengan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata isu terbaharu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, semakin menjejaskan integriti suruhanjaya berkenaan dan kerajaan.

Katanya, isu terbaharu itu akan terus menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, termasuk institusi yang diamanahkan untuk mempertahankan maruah serta tata kelola dalam pentadbiran Persekutuan.

“Justeru, ABIM menggesa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera menunaikan transformasi yang termaktub dalam MoU dengan PH.

“Ini bagi membolehkan transformasi dan pembaharuan dalam tata kelola pentadbiran dilakukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Muhammad Faisal, transformasi berkenaan secara khusus merujuk kepada memperkasakan Parlimen seperti disebut dalam Perkara IV MOU berkenaan.

“Pembaharuan ini perlu dibuat segera bagi meletakkan SPRM sebagai sebuah institusi bebas yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen, sekali gus memastikan badan tersebut bebas daripada campur tangan eksekutif.

“Ini termasuklah meletakkan kuasa penuh kepada institusi Parlimen secara konsensus untuk melantik Ketua Pengarah SPRM serta barisan Pesuruhjaya yang bertanggungjawab ke atas semua bidang tugas badan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, ABIM khuatir sekiranya perubahan itu tidak dilakukan, situasi buruk kini akan berulang.

“Bagi menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam kemelut lebih buruk, kehendak politik untuk melakukan perubahan perlu ada,” katanya.

Ditandatangani Ismail Sabri dan ketua parti dalam PH pada tanggal 13 September 2021, MOU Transformasi dan Kestabilan Politik melakar sejarah apabila kerjasama itu julung kali dimeterai antara kerajaan dan pihak pembangkang.

MoU merangkumi enam perkara, termasuk Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen itu, bertujuan menjalin kolaborasi dwi partisan untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi serta politik.

Muhammad Faisal mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kemelut melanda SPRM ketika ini yang menyaksikan Azam didakwa memiliki saham bernilai jutaan ringgit.

Dakwaan itu mengundang pertikaian sama ada ia berpadanan dengan gajinya sebagai penjawat awam dan kebimbangan berlaku konflik kepentingan.

Azam bagaimanapun tampil menafikan segala dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak terbabit dengan sebarang salah laku.

Beliau mengatakan, akaun miliknya digunakan adiknya untuk membeli saham berkenaan.

Kes itu kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC). - Getaran, 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global