web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Samseng Jalan, 350 Saman Pelbagai Kesalahan Dikeluarkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 5:13PM

Antara yang ditahan oleh polis dalam perasi Samseng Jalan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 350 saman mencakupi pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, bermula Jumaat lalu.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, saman itu dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan yang diadakan di ibu negara.

Operasi itu, katanya, disertai lapan pegawai dan 51 anggota bermula 9 malam semalam hingga 4 pagi tadi di sekitar pusat bandar, termasuk Jalan Pahang, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 13 lelaki berusia 26 hingga 43 tahun ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Jelasnya, lapan lelaki turut ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, ‘superman’ serta berlumba.

“Kesemua individu berusia 15 hingga 21 tahun yang ditahan ini dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Secara keseluruhan, sebanyak 350 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dan sembilan motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Pemilik akan dikenakan tindakan dan diarah mengubah kenderaan mereka ke struktur asal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarifudin berkata, JSPT akan mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat berhubung aktiviti ini boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai Polis berhampiran. - Getaran, 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad